Sabtu, 12 Mac 2011

GOD BLESH FOR U MY FRIENDS.

salam smua.
sedyh gyla bila madi dpt tau yg mber madi jd cm nie.
madi ta sngka yg dy akan jd cm nie.
tp nk wt cm mana kn.
da nie khendak TUHAN.
madi tat sni just boley doa je tat dy.

klu nk tau sbb apa madi ckp cm tu.
bb madi baca artikal nie.
nie adalah post yg mber madi tlis sndiri.
mmg sdyh la bila baca.
tapa madi da copy da artikal tu tuk korg baca mua.
so korg baca la apa yg mber madi tlis nie...

Tidak di sangka hidup yang indah akan dilanda bencana dan dugaan yang menyebabkan kebahagiaan itu musnah dalam sekelip mata..
Begitulah yang aku rasakan setelah mendapat tahu bahawa aku punyai satu penyakit yang tidak dapat disembuh..
Itulah yang dikatakan oleh doktor di hadapan mata ku sendiri dan mak ayah ku juga berada di situ..
Tarikh : 10-3-2011 (KHAMIS)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman

Disini lah bermula segala-galanya..
Sebelum kelas bermula..
Seperti biasa aku akan pergi ke pejabat kerana menjadi tugas ku sebagai ketua kelas..
Aku mengambil buku pemantauan untuk di isi setiap hari..
Pagi itu aku berasa lain dari hari lain..
Walaupun hari-hari aku merasakan pening kepala..
Namun tak seteruk hari ini..
Aku merasa bagai nak muntah lalu aku mengajak kawan aku untuk teman aku ke tandas..
Tiba-tiba dadaku merasa sakit yang amat sangat..
Apabila aku kembali ke dalam kelas..
Badan aku mula mengigil dan terasa panas..
Aku rasa seperti hendak pengsan..
Tiba-tiba airmata ku mengalir dan aku tidak sedarkan diri..
Apabila aku sedar aku sudah berada di hospital..
Aku di bawa oleh seorang guru yang baik hati..
Ibu bapa aku juga di panggil dan di beritahu bahawa aku masuk hospital dan berada di wad kecemasan..
Tangan aku sudah di cucuk dengan jarum dan sebotol air di gantung di sebelah aku..
Aku sudah terlantar di atas katil di bilik kecemasan..
Buat pertama kalinya aku di masukkan ke dalam wad kecemasan..
Jururawat yang menjaga aku memberitahu bahawa aku mungkin terlalu penat..
Aku di serang asthma..
Aku mendiamkan diri..
Melihat raut wajah mak dan ayah aku yang risaukan aku..
Ayah yang terpaksa lari dari kerja hanya kerana mahu melihat aku yang berada di hospital keitka itu..
Dan barulah aku sedar betapa besarnya kasih dan sayang ayah dan ibu terhadap anak mereka..
Aku dibenarkan pulang dari hospital dan diberikan kebenaran untuk balik kampung awal dua hari sebelum cuti 12.3.2011..
Sekali lagi ayah aku membawa aku ke klinik kerana tidak berpuas hati tentang penyakit aku..
Aku berjumpa dengan doktor di iringi oleh mak dan ayah aku..
Setelah ayah menerangkan apa yang terjadi padaku, lalu doktor menyatakan bahawa aku punyai satu penyakit yang tiada harapan untuk sembuh atau cara untuk kurangkan penyakit ku ini..
Aku terpaku buat seketika..
Ini adalah takdir ALLAH S.W.T..
Aku terpaksa menerima nya..
Kini aku mencari ketenangan harap dapat ku cari kenangan yang indah sebelum aku pergi buat selama-lamanya..
Kelas 4 awam 3 yang aku sayangi..
Kawan-kawan satu kelas,, satu dorm,, satu sekolah,, sekolah saint xavier institution,, sekolah convent pulau tikus,, kawan-kawan lama..
Harap korang maafkan dosa-dosa ku..
Halalkan makan dan minum ku..
=D

(Ini adalah cerita benar..bukan rekaan semata-mata)